Tentang Blog Kimirekonen...

Blog Kimirekonen.com merupakan blog khusus untuk berita-berita semasa, isu-isu terkini, berita tentang sukan, tips-tips untuk dikongsi dan pelbagai lagi. Kepada para pembaca sekalian, silalah berkunjung ke laman web ini selalu.

Tentang Saya...

Saya sebagai admin blog ini merupakan seorang blogger part time yang menjadikan blog ini sebagai tempat untuk menyampaikan sesuatu kepada pengunjung internet. Selain itu, saya ingin berkongsi ilmu dan tips-tips.

PIC Information

Sini ada link untuk mendapatkan info tentang microcontroller PIC. Boleh tgk pada lama web berikut:-

http://PICinfoForU.blogspot.com

PPSMI

Sekarang ni heboh pasal PPSMI, jadi aku sekadar nak beri pendapat aku pasal ni

dasar ni memang silap, kompem
takde jawapan lain lagi dah, so dasar ni memang kena stop

kalau nak buat, ubah cara lain yang lebih praktikal
patutnya, cari cara camne nak ajar BI kepada budak2 dengan lebih baik

sains dan math jgn kacau, ajar dalam BM lagi senang paham
lagi senang nak pandai, lagi senang nak score exam

contohnya adik aku, spm 99, dapat 9A1, 1C6 atau 1C5 tak igat sgt,
tapi yang C6 tu BI la.. so adakah dia tak dapat keje?, tak pandai kat U?

skrng dah jadi lecturer, dulu pernah keje perodua, so kesimpulannya dasar lama lagi bagus

cuma yang penting, ajar BI untuk pelajar2 dengan cara yg lebih praktikal
jgn paksa2 nak pandai BI.

Kerepek dan Parit Raja

Kerepek dan Parit Raja memang tak dapat dipisahkan. Kat Pekan Parit Raja memang ada banyak kedai jual kerepek yang memang murah-murah dari tempat lain. Selain itu, pelbagai jenis kerepek kita boleh beli yang bersesuaian dengan selera dan kehendak memasing. Untuk mendapatkan kerepek yang lebih murah lagi, leh gi terus ke kilang2 yang ada dalam kampung2 berdekatan. Tetapi kena tahu tempat la. Apapun kalau ada yang berminat dengan kerepek, leh je mintak aku belikan. Hehe.

Harga kerepek untuk dijual:-

Kerepek Pedas – RM8 untuk setengah kilo

Kerepek Biasa (Ubi, Pisang, Bawang) – RM6 untuk setengah kilo

Jika berminat, boleh post comment pada blog ni

Terkini

Nampaknya dah lama den tak update blog. Banyak benda yang berlaku sejak kebelakangan ni. Selain sibuk dengan aktiviti kuliah di GMI Kajang, ada urusan jugak tentang pembelian rumah. Sekarang ni baru lah rileks sedikit sebab jadual untuk kuliah di GMI Kajang dah tamat. Giliran orang lain la plak.

PIC16F877-Pengenalan

Pengenalan – PIC16F877 merupakan salah sebuah cip mikropengawal yang dikeluarkan oleh Microchip Technology Inc. Cip ini menggunakan senibina Harvard untuk organisasi memorinya. Senibina Harvard ini memisahkan memori bagi data dan memori bagi program pada dua tempat yang berlainan. Selain itu, PIC16F877 juga merupakan pemproses jenis RISC iaitu Reduced Instruction Sets Computer. RISC bermaksud set arahan untuk PIC ini adalah kurang dan mudah berbanding dengan set arahan bagi mikropemproses yang biasa.

Learn more in this blog http://PICinfoForU.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...