Tentang Blog Kimirekonen...

Blog Kimirekonen.com merupakan blog khusus untuk berita-berita semasa, isu-isu terkini, berita tentang sukan, tips-tips untuk dikongsi dan pelbagai lagi. Kepada para pembaca sekalian, silalah berkunjung ke laman web ini selalu.

Tentang Saya...

Saya sebagai admin blog ini merupakan seorang blogger part time yang menjadikan blog ini sebagai tempat untuk menyampaikan sesuatu kepada pengunjung internet. Selain itu, saya ingin berkongsi ilmu dan tips-tips.

Tetamu yang diundang kebas plak RM25,000

Berita dari harian metro hari ini, 8/1/2010 :-

Oleh Mohd Firdaus Ibrahim
KUALA LUMPUR: Niat murni seorang lelaki membantu anak rakan baiknya dibalas dengan pengkhianatan apabila melarikan barang kemas dari rumahnya di Projek Perumahan Rakyat (PPR), Pekan Batu, Sentul di sini, Isnin lalu.Difahamkan, barang kemas terbabit bernilai hampir RM25,000 hanya disedari hilang mangsa berusia lewat 40-an kira-kira jam 12 tengah malam.Timbalan Ketua Polis Daerah Sentul Superintendan Zainuddin Ahmad berkata, barang kemas yang hilang itu terdiri daripada dua utas rantai leher, empat bentuk cincin dan dua pasang subang.

“Mangsa hanya menyedari kehilangan barangan kemas yang disimpan dalam sebuah almari di rumahnya itu sebaik anak rakan baiknya berusia 20-an menghilangkan diri selepas menumpang di rumahnya pada malam berkenaan,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.Menurutnya, berikutan itu gerakan mengesan suspek dilakukan dan lelaki terbabit ditahan ketika berkeliaran di kawasan berhampiran PPR berkenaan kira-kira jam 2 pagi, semalam.

“Hasil siasatan mendapati suspek memajakkan semua barang kemas yang dicurinya itu di sebuah kedai pajak gadai di Chow Kit di sini.“Kami juga yakin lelaki terbabit menggunakan wang berkenaan untuk kegunaan peribadi kerana dia tidak bekerja,” katanya.

Zainudin berkata, lelaki terbabit kini ditahan reman dan kes berkenaan akan disiasat di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri dalam bangunan.

Komen aku ——-> Kita buat baik kat orang, orang plak balas jahat kat kita. Macam2 dunia sekarang, pelik2 dah perkara yang berlaku. Orang dah tak kisah nak buat apa, samada perkara itu memang buruk atau salah.

Apapun, pengajaran untuk kita, dalam dunia hari ini, kita perlulah berhati2 dalam berurusan dengan orang. Tak kisah orang itu dikenali atau tidak.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply