Lebih 3,000 tertipu labur RM25 juta ternak cacing
Nak kaya cepat punya pasal, abis semua duit.
KULIM: Tertarik dengan pulangan lumayan yang dijanjikan oleh penganjur skim pelaburan penternakan cacing di sini, kira-kira 3,000 pelabur kerugian lebih RM25 juta apabila penganjur melarikan lari. Malah pejabat penganjur skim itu, Kulim Worms Agrotec (KWA)(M) Sdn Bhd, di Kelang Lama di sini, disita pemilik bangunan awal Disember lalu kerana tidak melunaskan sewa hampir RM10,000. Setelah merasa tertipu, lebih 200 mangsa skim tersebut membuat laporan polis di balai polis di sini sejak awal bulan ini.
January 10th, 2010 at 10:16 pm
la.. yaka..
selalu ja nampak banner depa kat bayan baru, penang..
anyway, thanks for the info
[Reply]