Tentang Blog Kimirekonen...

Blog Kimirekonen.com merupakan blog khusus untuk berita-berita semasa, isu-isu terkini, berita tentang sukan, tips-tips untuk dikongsi dan pelbagai lagi. Kepada para pembaca sekalian, silalah berkunjung ke laman web ini selalu.

Tentang Saya...

Saya sebagai admin blog ini merupakan seorang blogger part time yang menjadikan blog ini sebagai tempat untuk menyampaikan sesuatu kepada pengunjung internet. Selain itu, saya ingin berkongsi ilmu dan tips-tips.

Polis tahan 74 pemandu berlumba di lebuh raya

Seramai 74 pemandu yang sedang berlumba di lebuh raya di tahan oleh pihak polis yang melakukan operasi di Butterworth pagi tadi. Ini dah kita ala2 fast and furiuos la ni, takpun ala2 impak maksima.  Apala yang diorang ni pikir agaknya ek. Nak kata bodoh tak pandai, tak la pulak.

Ni mesti kes nak tunjuk hebat la kononnya. Dapat bawak kete laju2. Pastu nak tunjuk kete yang kononnya hebat. Hmm., kalau nampak hebat pun setakat tu jela. Kalau dah masuk lokap, hehe, bermalam kat situ la jawabnya. Kepada yang terlibat tu ambik iktibar la yer.

Berita penuh ada disini, dari berita harian:-

BUTTERWORTH: Hasrat 74 pemandu kereta untuk menunjukkan kejaguhan masing-masing dengan berlumba dan melakukan aksi berbahaya seperti “drift” di Lebuh Raya Lingkaran Luar Butterworth (BORR) di sini tidak tercapai apabila mereka ditahan dalam satu serbuan awal pagi ini.

Lebuh raya berkenaan yang menjadi antara “litar” kegemaran mat rempit dan pemandu kereta untuk berlumba haram serta menunjukkan aksi berani, mula dibanjiri lebih 100 kereta pada kira-kira jam 11 malam tadi. Dalam operasi bermula jam 12 hingga 5 pagi itu, 74 kereta disita kerana pemandunya melakukan pelbagai kesalahan seperti mengubah suai kenderaan dan menukar enjin tanpa didaftar.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply