Tentang Blog Kimirekonen...

Blog Kimirekonen.com merupakan blog khusus untuk berita-berita semasa, isu-isu terkini, berita tentang sukan, tips-tips untuk dikongsi dan pelbagai lagi. Kepada para pembaca sekalian, silalah berkunjung ke laman web ini selalu.

Tentang Saya...

Saya sebagai admin blog ini merupakan seorang blogger part time yang menjadikan blog ini sebagai tempat untuk menyampaikan sesuatu kepada pengunjung internet. Selain itu, saya ingin berkongsi ilmu dan tips-tips.

Tevez cipta hatrik pertama bersama Man City

Carlos Tevez makin mengganas nampaknya sejak kedatangan pengurus baru, Roberto Mancini ke Man City. Carlos Tevez mencipta hatrik pertamanya bersama Manchester City apabila menang 4-1 ke atas Blackburn Rovers dalam saingan Liga Perdana Inggeris, awal pagi tadi, sekali gus membolehkan kelab itu berada di tangga keempat liga.

Pertemuan di Eastlands itu nyata didominasi oleh City dengan mengekalkan rekod empat perlawanan tanpa kalah sejak dibimbing pengurus barunya, Roberto Mancini dari Itali. Jaringan hatrik Tevez itu menyerlahkan lagi prestasinya apabila kini menyumbat 11 gol dalam sembilan perlawanan terakhir.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply