Durian Sedap Ke? Sekarang Ni Musim Durian
Kepada peminat tegar durian, memang menanti2 kedatangan musim durian. Kalau dah tibanya musim, ha.. apa lagi melantak makan durian la jawabnya. Hehe. Aku plak sememangnya memang suka makan durian sejak kecik lagi. Sebabnya, kat kampung kelahiran aku memang ada kebun durian. So, bila tibanya musim, memang makan durian jela memanjang.
Tapi kalau siapa yang tak biasa makan durian akan rasa panas la lepas makan. Yang dah biasa pulak, makanla banyak mana pun, rilek je. Durian ni sebenarnya ada macam2 jenis. Sekarang ni pun siap ada durian kawin, durian kacuk lagi. Yang ni isinya memang tebal, kulit nipis tapi aku lagi suka durian tradisional turun temurun, hehe. Yang tanpa perasa tiruan atau durian ori. Durian ni walau kulit tebal, isi nipis tapi rasanya memang kaw kaw punya.
Apapun, marilah kita menyokong buah2an tempatan. Banyak lagi jenis buah2 yang berada di pasaran atau kebun2 berdekatan.
Setakat epal tu apa lah sangat, baik makan rambutan, langsat atau sebagainya lagilah baik.
January 16th, 2010 at 10:18 pm
tak taula kenapa tekak ni xleh nak terima buah durian. sampai mak sendiri asyik dok perli je sebab 1 family yg lain suka makan buah alah ni. isk isk isk
[Reply]
admin Reply:
January 19th, 2010 at 12:18 am
takpela
cuba buah lain plak…
[Reply]