Tips Buat Telur Dadar
Sebelum ni saya ada buat post tentang tips buat telur mata kerbau. Hari ni saya nak buat satu post tentang tips buat telur dadar. Telur dadar ni kita boleh buat dari satu biji telur atau pun lebih dari tu, bergantung kepada berapa besar hidangan kita nak buat.
Katakanlah kita menggunakan satu biji telur sahaja, amik telur tersebut, basuh terlebih dahulu. Kemudian, pecahkan ke dalam mangkuk. Selepas tu, masukkan bawang, cili api dan sebagainya mengikut citarasa masing2. Jangan lupa masukkan garam untuk menambah rasa. Lada sulah pun boleh ditambah jika nak.
Lepas tu, yang penting sekali dalam buat telur dadar ini kita hendaklah mengocaknya dengan sebati. Caranya adalah guna garpu, kemudian kocakkan telur tu dengan sebati dan berbuih. Lagi lama buat lagi bagus. Selepas itu panaskan sedikit minyak dan bila dah panas masukkan bancuhan telur dengan berhati-hati. Pastikan ianya rata.
Kemudian, panaskan dengan api perlahan dan bila yang bawah dah masak boleh dibalikkan. Jangan sampai hangit sudahlah. Hehe. Kemudian apa lagi, makan la sepuasnya2.
Selamat mencuba…
Incoming search terms:
- cara membuat telur dadar (17)
- cara buat telur dadar (3)
- cara masak telur dadar (3)
- cara cara membuat telur dadar (2)
- membuat telur dadar (1)
- macamana nak buat telur dadar (1)
- carabuattelur dadar (1)
- cara memvuat telur dardar (1)
- cara membuat telur dadar\ (1)
- bagaimana membuat telur dadar? (1)
Leave a Reply