Pinjaman Bersama Beli Rumah
Rumah merupakan antara aset penting yang kita perlu ada. Rumah menjadi tempat untuk kita dan ahli keluarga kita beristirehat dan menjalankan kehidupan seharian. Jadi, saya rasa semua orang ingin memiliki rumah sendiri. Rumah ni kita boleh beli samada secara tunai atau pinjaman. Cuma, bukan semua orang mampu untuk membeli rumah tunai. Oleh itu membuat pinjaman adalah alternatif lainnya.
Pinjaman pulak biasanya kita boleh mohon dari mana2 bank yang ada kat Malaysia ni. Banyak bank yang memberi kemudahan pinjaman beli rumah. Kalau boleh carilah yang islamik tapi survey dulu sebelum pilih. Kaji baik buruk pinjaman tersebut. Kalau kakitangan kerajaan pula, boleh buat pinjaman kerajaan. Kelebihan yang ni plak, peratusnya rendah iaitu dalam 4 peratus. Cuma ada had pinjaman bergantung kepada gaji kakitangan kerajaan tersebut.
Bercakap tentang pinjaman ni, kalau kita suami isteri pun boleh buat pinjaman bersama untuk beli rumah. Dan rumah tu mestilah kena ada dua2 nama, hehe, baru adil. Cuma tentang pinjaman bersama ni saya tak pernah buat tapi ada juga orang buat. Keuntungannya adalah kurang sikit nak kena bayar bagi setiap sorang suami dan isteri. Tapi total tetap sama. Ini kena dua2 ada pendapatan tetap baru senang dapat.
Apapun, sebelum membuat pinjaman beli rumah tu, kajilah betul2 pilihan yang ada. Ini adalah untuk kepentingan masa hadapan anda dan keluarga anda. Kalau saya, saya kumpul duit beli cash.Tak ada hutang.
Incoming search terms:
- pinjaman bersama perumahan (16)
- pinjaman perumahan bersama suami isteri (13)
- pinjaman perumahan bersama (7)
- beli rumah tunai (3)
- pinjaman perumahan kerajaan bersama (2)
- pinjaman bersama perumahan kerajaan (2)
- pinjaman perumahan kerajaan bersama suami/isteri (1)
- syarat pinjaman perumahan bersama suami isteri (1)
- pinjaman suami isteri (1)
- pinjaman kerajan bersama (1)
Leave a Reply