Tentang Blog Kimirekonen...

Blog Kimirekonen.com merupakan blog khusus untuk berita-berita semasa, isu-isu terkini, berita tentang sukan, tips-tips untuk dikongsi dan pelbagai lagi. Kepada para pembaca sekalian, silalah berkunjung ke laman web ini selalu.

Tentang Saya...

Saya sebagai admin blog ini merupakan seorang blogger part time yang menjadikan blog ini sebagai tempat untuk menyampaikan sesuatu kepada pengunjung internet. Selain itu, saya ingin berkongsi ilmu dan tips-tips.

Archive: September 22nd 2010

Celcom Perkenal Kad SIM Mikro

Celcom Axiata bakal memperkenalkan kad SIM jenis terbaru iaitu kad SIM mikro. Kad ini merupakan kad yang digunakan dalam telefon pintar iPhone4 dan iPad 3G. Pelanggan boleh membelinya bermula dari 1 Oktober 2010. Ini diumumkan oleh CEO celcom semalam.

Kad SIM mikro ini boleh didapati di semua cawangan Celcom di seluruh negara serta pusat Blue Cube. Pelanggan sedia ada Celcom boleh menukarnya dengan kadar bayaran RM10. Pelanggan baru Celcom boleh memilih samada inginkan kad SIM standard atau kad SIM mikro.

Menurut maklumat, kad SIM mikro bersaiz lebih kecil dari kad SIM standard. Saiznya adalah 15mm lebar dan ketinggian 12mm. Manakala kad SIM standard adalah 25mm lebar dan 15mm tinggi.

Sebenarnya, kad ini diperkenalkan untuk pelanggan Celcom merasai pengalaman menggunakan kad jenis baru dan berteknologi. Jadi, marilah kita sama2 menukarnya tetapi untuk pelanggan Celcom sahaja yer…

:-)

Incoming search terms:

  • pemakanan sukan seimbang atlet (2)
  • cadangan untuk memajukan celcom axiata (1)
  • sim kad internet celcom (1)

Keburukan Termenung

Termenung? Apakah dia termenung sebenarnya? Adakah ianya mempunyai keburukan atau kebaikan? Pada saya jelasnya ianya tidak mendatangkan faedah apa2 dan lebih membawa keburukan kepada kita.

Perbuatan termenung menunjukkan kita tidak mempunyai apa2 untuk dilakukan. Ini adalah sesuatu yang membuang masa dan sepatutnya kita melakukan banyak perkara lain. Termenung juga menggalakkan kita menjadi murung dan tidak bersemangat. Kita akan jadi seperti keseorangan dan tidak bergaul dengan orang lain.

Daripada kita termenung, baik kita melakukan perkara lain seperti berfikir mencari idea, berfikir tentang kerja atau sebagainya. Kita perlu lebihkan bergaul dengan orang lain dan melakukan kegiatan bersama2.

Jadilah, elakkan daripada termenung kerana ianya membawa banyak keburukan dari kebaikan. Sama2lah kita memajukan negara dan bangsa. Jangan lupa agama plak k.

Selamat Hari Raya. Selamat berkunjung ke rumah sedara mara dan sahabat handai.

Incoming search terms:

  • termenung (24)
  • keburukan termenung (8)
  • definisi jenis-jenis rumah (1)
  • definisi termenung (1)
  • kebaikan keburukan termenung (1)

Peminjam PTPTN Wajib Bayar Guna Potongan Gaji

Menurut berita terkini, peminjam PTPTN akan diwajibkan membayar pinjaman secara potongan gaji mulai Jun tahun depan. Ini kerana masih terdapat dalam 46,000 peminjam yang belum pernah membayar walau sedikit pinjaman mereka. Oleh itu, pihak PTPTN mencadangkan supaya peminjam diwajibkan membayar secara potongan gaji.

Walaupun perkara ini masih diperingkat cadangan dan kajian, tetapi ini adalah sesuatu yang sangat baik. Ini supaya pinjaman dapat diberikan kepada mereka yang baru mula belajar di pusat pengajian tinggi dan sebagainya. Saya pernah buat posting sebelum ni pasal PTPTN (http://kimirekonen.com/blog/2010/01/30/ptptn-perlu-rm5-bilion-setahun-mari-bayar-pinjaman-ptptn/).

Sebenarnya, ini perlu dilakukan sejak awal dulu lagi supaya mereka yang meminjam bertanggungjawab atas pinjaman mereka. Lebih-lebih lagi kepada mereka yang dapat kerja dan gaji yang bagus. Tetapi buat mereka yang kurang kemampuan atau belum dapat kerja mungkin boleh dipertimbangkan untuk penangguhan.  Sebelum tu anda boleh check PTPTN secara online. Boleh baca posting ni – http://kimirekonen.com/blog/2010/05/24/cara-check-ptptn-online/

Apapun, saya suka mengajak peminjam PTPTN ni join bisnes internet atau jana wang melalui internet. Memang menguntungkan untuk jangka masa panjang dan jangka masa pendek. Takde salah pun mencuba. Untuk makluman ringkas boleh download ebook saya disini:-

http://kimirekonen.com/blog/download-ebook-percuma/

Incoming search terms:

  • berita terkini ptptn (2)
  • adakah wajib potongan gaji ptptn (1)
  • berita ptptn (1)
  • harga external hardisk 1 tera di malaysia (1)
  • isu terkini ptptn (1)

 

September 2010
M T W T F S S
« Aug   Oct »
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
27282930