Kesan Internet Terhadap Keselamatan
Sekarang ni, internet telah digunakan secara meluas oleh semua golongan. Kebanyakan orang sekarang tahu pasal internet dan tahu macam mana nak cari maklumat dari internet. Selain itu, ramai juga yang tahu untuk menggunakan laman web sosial seperti facebook, twitter dan sebagainya.
Tetapi adakah selamat untuk menggunakan dan melayari internet? Itu persoalan yang perlu kita pikirkan. Isu keselamatan ini lebih kepada terdedah maklumat peribadi kepada orang yang tidak bertanggungjawab atau orang tidak berautoriti. Selain itu, keselamatan dari serangan virus kepada komputer peribadi atau laptop juga perlu dijaga. Jika ini berlaku, akan menyebabkan kerosakan pada perkakasan dan perisian komputer kita.
Penggunaan internet juga perlu untuk membuat transaksi secara online tetapi kita kena berhati2 semasa melakukannya. Sekarang ni, perkhidmatan online banking banyak disediakan oleh bank2 di negara kita. Tetapi kita masih perlu berhati2 dalam mendedahkan sebarang maklumat terutamanya username dan password.
Kata laluan perlu dijaga dari diintip oleh orang lain yang tidak bertanggungjawab. So, kita perlu memperkukuhkan sistem keselamatan bagi internet yang kita gunakan serta komputer peribadi yang digunakan untuk melayari internet. Perisian antivirus perlu diupdate selalu.
Setakat itu dulu untuk hari ni, saya pun yang selalu membuat transaksi di internet sentiasa berhati2 sepanjang masa. Jagalah akaun bank, email dan sebagainya baik2. Selamat menggunakan internet.
Incoming search terms:
- kesan globalisasi terhadap keselamatan negara (24)
- kesan globalisasi kepada keselamatan negara (6)
- KESAN GLOBALISASI TERHADAP KESELAMATAN (5)
- kesan kesan globalisasi terhadap keselamatan (3)
- faktor penggunaan perbankan internet (3)
- globalisasi dan kesannya kepada keselamatan negara (3)
- kesan kesan internet (2)
- kesan globalisasi dan keselamatan negara (2)
- kesan internet terhadap negara (2)
- kesan internet kepada perbankan (2)
Leave a Reply