Cara Membuat Bebola Ikan
Disini saya nak kongsi sikit cara untuk buat bebola ikan ataupun lebih dikenali sebagai fish ball.
Bahan-bahannya adalah seperti berikut:
300 gram isi ikan tenggiri
3/4 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil serbuk lada sulah
2 sudu kecil tepung jagung
1 sudu kecil tepung ubi/kanji
50 ml air sejuk
secubit serbuk perasa jika anda mahu
Cara membuatnya pula adalah seperti dibawah:
Pertama sekali, masukkan segala isi ikan dalam dlm mesin kisar bersama dengan lada sulah dan garam. Mesinkan bahan-bahan tersebut sehingga lumat. Kemudian masukkan pula tepung jagung, tepung ubi, serbuk perasa dan air sejuk. Mesinkan lagi sehingga sebati dan kenyal.
Selepas dah kenyal, bulat-bulatkan isi bebola ikan tersebut dgn menggunakan sudu kecil. Jika ingin guna tangan, celupkan tangan ke dlm air terlebih dahulu ambil secubit pes tadi dan bulat2kan sehingga habis.
Pada masa yang sama didihkan air, dan masukkan fish ball yang telah dibulatkan tadi dan direbus sehingga fish ball tersebut timbul dipermukaan seketika. Selepas itu, bolehlah diangkat dan digunakan dalam masakan atau dimakan begitu sahaja.
Incoming search terms:
- cara membuat bebola ikan (179)
- cara buat bebola ikan (173)
- bebola ikan (129)
- cara buat fish ball (93)
- cara membuat fish ball (83)
- cara buat fishball (43)
- resepi bebola ikan (36)
- cara cara membuat bebola ikan (22)
- cara membuat fishball (21)
- cara-cara membuat bebola ikan (20)