Pakej Jalur Lebar Netbook 1 Malaysia
Sekarang ni ada pakej baru yang ditawarkan oleh SKMM dengan kerjasama Telekom Malaysia yang diberi nama pakej jalur lebar netbook satu malaysia. Pakej ni semestinya menawarkan netbook bersama dengan talian internet. Tetapi program ini adalah untuk pelajar luar bandar di seluruh Malaysia dan ditawarkan di pusat komuniti.
Untuk syarat dan spesifikasi pakej yang ditawarkan adalah seperti di bawah:
Pakej yang ditawarkan adalah:
- Pakej jalur lebar ini menawarkan Wi-fi dengan percuma Netbook.
- Harga pakej Wi-fi ialah RM 217.20 setahun.
- Bayaran adalah RM 11.20 untuk 6 bulan pertama, dan kemudian dinaikkan menjadi RM 25.00 bagi 6 bulan berikutnya.
- Pelanggan mesti melanggan pakej ini paling minimum selama 12 bulan.
- Pelanggan tidak dibenarkan untuk menukar kepada pakej lain yang ditawarkan TM sepanjang tempoh minimum langganan.
- Untuk mendaftar, nama Bapa/Ibu/Penjaga kepada pelajar digunakan.
- Jika terdapat sebarang kekurangan pada Netbook, semestinya pihak pembekal akan menanggung segalanya dengan syarat masih dalam tempoh jaminan iaitu selama 12 bulan.
- Penghantaran Netbook akan dihantarkan melalui Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) oleh pihak pembekal.
- Terma & syarat pakej tertakluk kepada terma & syarat perkhidmatan yang telah ditetapkan oleh pihak TM.
Incoming search terms:
- jalur lebar 1 malaysia (6)
- www jalur lebar 1 malaysia com (2)
- terma dan syarat netbook jalur lebar 1 malaysia 2010 (2)
- syarat netbook 1Malaysia (2)
- syarat netbook 1 malaysia (2)
- www jalur lebar 1 malaysia (1)
- pemborong netbook kat malaysia (1)
- pakej internet 1malaysia (1)
- netbook 1 malaysia skmm (1)
- netbook 1 malaysia part (1)