Kedudukan Pingat Malaysia Di Sukan Asia – Terkini
Menurut berita terkini yang baru diperolehi, Malaysia berjaya memperolehi pingat emas yang ke 7 dan ke 8 pada hari ini iaitu 24 November 2010. Jadi Malaysia makin menghampiri ke sasaran 9 pingat emas sukan asia kali ini. Kalau tak silap kita memperolehi pingat emas ini dari acara karate.
Kita juga gagal mendapat pingat emas dalam acara sepaktakraw dalam kategori regu. Kita kalah kepada musuh tradisi Thailand. Nampaknya, ada yang terpaksa melepaskan jawatan dalam PSM tak lama lagi. Tapi tak tau la kata akan dikotakan atau tidak.
Namun, kita masih ada banyak peluang lagi untuk menambah pingat emas iaitu dalam acara hoki, skuash berpasukan dan bowling. Kita tengoklah nanti keputusannya untuk hari ini. Harap atlet kita tidak berputus asa dalam berjuang. Semoga matlamat sasaran pingat emas kontinjen negara kita dapat dicapai.
Majulah Sukan Untuk Negara….
Leave a Reply