Keputusan Terkini Malaysia Lawan Thailand Piala Suzuki – 4 Disember 2010
Perlawanan menentang Thailand merupakan perlawanan kedua Malaysia dalam kejohanan piala Suzuki 2010. Malaysia memerlukan kemenangan atau sekurang2nya seri untuk menghidupkan peluang ke separuh akhir. Untuk perlawanan ini Malaysia telah melakukan sedikit pertukaran iaitu dengan memasukkan penjaga gol kelantan iaitu Khairul Fahmi Che Mat.
Keputusan pada separuh masa pertama adalah 0 – 0. Tiada gol yang dapat dijaringkan oleh mana-mana pasukan. Tetapi Thailand yang banyak menyerang dengan banyak percubaan ke arah gol. Malaysia pula seolah2 tiada percubaan ke arah gol Thailand.
Separuh masa kedua juga berlangsung dengan keadaan yang sama tetapi Malaysia telah mula menyerang. Namun keputusan perlawanan tetap berakhir dengan tanpa gol dijaringkan. Oleh itu, peluang kedua2 pasukan masih ada ke separuh akhir. Begitu juga dengan Laos.
Manakala Indonesia telah pun layak ke separuh akhir. So, perlawanan terakhir peringkat kumpulan akan menjadi penentu samada Malaysia layak atau tidak. Jadi paling penting adalah menang ke atas Laos. Itu je yang penting, sambil mengharapkan Thailand tak dapat kalahkan Indonesia.
December 5th, 2010 at 2:26 am
tu jer tulis,mcm sms jer
[Reply]
Kimi Rekonen Reply:
December 5th, 2010 at 3:09 am
lum sempat update..hehe
[Reply]