Tentang Blog Kimirekonen...

Blog Kimirekonen.com merupakan blog khusus untuk berita-berita semasa, isu-isu terkini, berita tentang sukan, tips-tips untuk dikongsi dan pelbagai lagi. Kepada para pembaca sekalian, silalah berkunjung ke laman web ini selalu.

Tentang Saya...

Saya sebagai admin blog ini merupakan seorang blogger part time yang menjadikan blog ini sebagai tempat untuk menyampaikan sesuatu kepada pengunjung internet. Selain itu, saya ingin berkongsi ilmu dan tips-tips.

Kelebihan Proton Exora

Proton Exora merupakan MPV keluaran syarikat kereta nasional proton yang pertama. Di sini saya ingin membuat ulasan tentang kelebihan-kelebihan yang ada pada kereta proton Exora. Ini adalah untuk para bakal pembeli kereta proton Exora ini.

Exora mempunyai ruang dalam yang luas dan lapang. Dalamnya terdapat tiga baris tempat duduk dan setiap baris mempunyai ventilasi udara atau penyaman udara yang tersendiri. Sesuai untuk mereka yang mempunyai ramai ahli keluarga.

Dari segi gaya, proton Exora tidak kalah berbanding dengan MPV yang lain.
Bentuk badannya cantik dan dapat menarik perhatian pengguna kereta yang lain.  Selain tu, Exora juga mempunyai enjin 1.6 CPS yang boleh dikatakan agak berkuasa dan mampu membawa penumpang yang ramai.

Proton membuat banyak usaha untuk menambah ciri-ciri lain seperti ABS, video player dan sebagainya. Ruang bagasi juga luas dan sesuai untuk letak barang yang banyak. Amat baik untuk perjalanan jauh.

Secara umumnya, untuk mereka yang berkeluarga besar dan selalu membuat perjalanan jauh memang sesuai untuk membeli mpv bernama Exora ini.
:-)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Incoming search terms:

  • kelebihan proton exora (43)
  • kelebihan exora (27)
  • kelebihan kereta exora (10)
  • kebaikan proton exora (10)
  • kelebihan proton (9)
  • kelebihan kereta proton (8)
  • kebaikan exora (6)
  • kebaikan proton (5)
  • keistimewaan proton exora (5)
  • keistimewaan kereta proton (5)

One Response to “Kelebihan Proton Exora”

  1. sham amirul Says:

    apa yang anda tahu tentang 21 hingga 31 kelebihan atau 31 bcm(body control module) yang ada pada exora…sila nyatakan satu persatu dimana tiada pada kereta atau mpv lain…

    [Reply]

Leave a Reply

 

January 2011
M T W T F S S
« Dec   Feb »
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31