Tentang Blog Kimirekonen...

Blog Kimirekonen.com merupakan blog khusus untuk berita-berita semasa, isu-isu terkini, berita tentang sukan, tips-tips untuk dikongsi dan pelbagai lagi. Kepada para pembaca sekalian, silalah berkunjung ke laman web ini selalu.

Tentang Saya...

Saya sebagai admin blog ini merupakan seorang blogger part time yang menjadikan blog ini sebagai tempat untuk menyampaikan sesuatu kepada pengunjung internet. Selain itu, saya ingin berkongsi ilmu dan tips-tips.

Faktor-Faktor Kerajaan Memberi Kenaikan Gaji Kakitangan Awam

Kakitangan perkhidmatan awam bakal menikmati kadar kenaikan gaji baru yang telah dipersetujui oleh pihak kerajaan. Kenaikan ini merupakan pemberian pihak kerajaan yang senantiasa peka terhadap sumbangan dan pengorbanan kakitangan awam ke arah pembangunan negara. Hali ini juga membuktikan bahawa kerajaan memandang berat terhadap beban kewangan kakitangan awam ekoran kenaikan harga barangan keperluan dan juga petrol.

Antara faktor utama kerajaan memberi kenaikan gaji kepada kakitangan awam termasuklah untuk mengekalkan modal insane yang berkelayakan, berprestasi tinggi, dan bermotivasi dalam sektor awam. Dengan kenaikan gaji ini, kakitangan awam diharapkan dapat memberikan tumpuan terhadap aspek kecekapan, kualiti kerja, kepantasan dan keadilan dalam melaksanakan tugas mereka sebagai menghargai pemberian tersebut. Hal ini demikian kerana masalah kewangan yang membelenggu keluarga mereka telah diselesaikan oleh kerajaan. Adalah menjadi hasrat kerajaan agar sektor awam di Malaysia menjadi antara yang terbaik dan terbilang di dunia seiring dengan seruan Perdana Menteri kita agar negara kita menjadi sebuah negara yang cemerlang, gemilang dan terbilang di mata dunia.

Kenaikan gaji kakitangan awam ini juga bertujuan untuk menarik lebih banyak kaum bukan Melayu untuk menyertai sektor perkhidmatan awam. Hal ini demikian disebabkan sektor perkhidmatan awam di negara ini lebih banyak dimonopoli oleh kaum Melayu. Keberkesanan ini dapat dilihat pada tahun lepas dimana permohonan jawatan oleh kaum bukan Melayu  yang diterima oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam  (SPA) meningkat dengan mendadak. Jumlah permohonan yang tinggi ini dilihat sebagai satu anjakan yang baik dalam sector perkhidmatan awam disebabkan oleh tarikan kenaikan gaji kepada kakitangan awam.

Selain itu, kenaikan gaji kakitangan awam ini juga bertujuan untuk memajukan lagi industi pelancongan domestik. Sebelum ini, kakitangan awam hanya memendam rasa untuk melancong bersama dengan ahli keluarga kerana dihimpit masalah kewangan. Melalui aktiviti pelancongan ini juga pendapatan Negara akan bertambah kerana peniaga akan membayar cukai perniagaan hasil keuntungan yang diperolehi daripada pelancongan domestik.

Kesimpulannya, kenaikan gaji kakitangan awam banyak mendatangkan kebaikan. Bagaimanapun, kakitangan awam perlulah bijak berbelanja agar kenaikan gaji mereka tidak menjadi seperti peribahasa, ‘korek lubang, kambus lubang’. Kerajaan pula hendaklah senantiasa memantau harga barangan dalam pasaran bagi mengelakkan peniaga menaikkan harga barangan sesuka hati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Incoming search terms:

  • alasan kenaikan gaji (2)
  • keputusan gaji baru (2)
  • isu kenaikan gaji kakitangan awam (2)
  • isu kenaikan gaji (2)
  • keputusan pelarasan gaji 2011 (2)
  • faktor-faktor perkhidmatan awam (2)
  • faktor kenaikan gaji (2)
  • peribahasa isu pengangkutan awam (1)
  • slip gaji sektor swasta (1)
  • sumbangan kakitangan kerajaan (1)

Leave a Reply

 

February 2011
M T W T F S S
« Jan   Mar »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28