Tentang Blog Kimirekonen...

Blog Kimirekonen.com merupakan blog khusus untuk berita-berita semasa, isu-isu terkini, berita tentang sukan, tips-tips untuk dikongsi dan pelbagai lagi. Kepada para pembaca sekalian, silalah berkunjung ke laman web ini selalu.

Tentang Saya...

Saya sebagai admin blog ini merupakan seorang blogger part time yang menjadikan blog ini sebagai tempat untuk menyampaikan sesuatu kepada pengunjung internet. Selain itu, saya ingin berkongsi ilmu dan tips-tips.

Archive: March 2011

Sumbangan PDRM Kepada Negara

RMP_T-Baton

Pada  masa ini, kita mengakui bahawa tahap keselamatan, kemaanan, dan ketenteraman awam terus terpelihara berikutan peranan yang disumbangkan oleh pasukan keselamatan dan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM). Keadaan ini memperlihatkan bahawa tanggungjawab serta amanah yang diberikan oleh rakyat serta Negara kepada pasukan keselamatan telah dipikul dengan berkesan sekali. Dalam hal ini, sanjungan harus diberikan kepada anggota polis yang dapat memastikan keadaan dalam Negara terus aman setelah lima dekad Negara mencapai kemerdekaan.

Antara kejayaan terbesar PDRM termasuklah menumpaskan kesiatan komunis hingga memaksa pergerakan itu meletakkan senjata sebagai tanda kekalahan. Di samping itu, pihak PDRM juga berjaya menumpaskan penjenayah, kumpulan gangster, lanun, peragut, dan menyelesaikan kes-kes yang berprofil tinggi. Kejayaan dan peranan pasukan polis memang banyak dan sangat sukar untuk dihitung. Keamanan yang berjaya diwujudkan oleh PDRM menjadikan kegiatan harian rakyat Malaysia dan pelbagai kegiatan lain berjalan dengan lancar. Hal ini meliputi kegiatan politik, kemasyarakatan, pelaburan, pelajaran dan perniagaan. Dengan itu, semua kehiatan rakyat Negara ini dapat dijalankan tanpa adanya perasaan cemas atau takut. Keadaan ini berlaku diisebabkan oleh kewibawaan PDRM melaksanakan tugasnya dengan berkesan. Dalam hubungan ini, PDRM berjaya mengekalkan keharmonian semua kaum yang tinggal di Negara ini.

Sesetengah pihak sukar untuk mempercayai bahawa rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum termasuk Melayu, Cina, India dan beberapa suku kaum lain dapat tinggal dalam suasana harmoni dan masing-masing saling mempercayai antara satu dengan yang lain. Keharmonian ini wujud hasil daripada kemampuan PDRM mengekalkan keselamatan dan ketenteraman awam yang menyebabkan rakyat hidup tanpa adanya rasa bimbang. Kejayaan ini tidak dapat dinilai dengan wang ringgit atau nilai kebendaan yang lain. PDRM dengan kekuatan 83 000 anggota beruniform di seluruh Negara mempunyai tanggungjawab yang amat besar bagi menjaga kepentingan lebih kurang 25 juta rakyat Malaysia. Pada keseluruhannya, nisbah bagi setiap anggota polis dengan penduduk di seluruh Negara ialah 1:287 orang. Jika diperincikan, nisbah di Lembah Klang ialah 1:649, manakala di  Subang Jaya dan USJ nisbahnya ialah 1:1756 orang.

Walaupun pasukan polis dibebani dengan pelbagai tugas dan tanggungjawab, namun semuanya dilaksanakan dengan berkesan. Pancaroba yang menanti komitmen pasukan pemeliharaan keamanan Negara lebih mencabar. Oleh sebab itu, setiap anggota PDRM perlu melengkapkan diri dengan pelbagai pengetahuan dan kemahiran. Apabila berlaku sesuatu kejadian jenayah dan pihak polis gagal untuk bertindak disebabkan oleh sesuatu perkara, kesalahan akan tetap diletakkan di atas bahu mereka. Hal ini menuntut pengorbanan semua pihak dalam pasukan polis. Perkara tersebut juga mendorong kepimpinan PDRM menunjukkan ketegasan dengan mengambil tindakan terhadap anggotanya yang melanggar disiplin tanpa mengira pangkat mahupun kedudukan mereka.

Incoming search terms:

  • peranan polis diraja malaysia (60)
  • peranan pdrm (54)
  • punca diskriminasi gender (7)
  • sumbangan pdrm (7)
  • sumbangan polis (6)
  • sumbangan polis diraja malaysia (5)
  • fungsi polis diraja malaysia (5)
  • sumbangan kepada negara (5)
  • sumbangan anggota polis terhadap negara (5)
  • sumbangan polis kepada negara (4)

Sumbangan Bahasa Kebangsaan Kepada Negara dan Halangannya

bahasa-jiwa-bangsa

Semenjak Malaysia mencapai kemerdekaan, majority rakyat berhasrat untuk memartabatkan bahasa kebangsaan sebagai bahasa ilmu dan bahasa perpaduan bangsa. Kebelakangan ini, kita berkeinginan untuk mengantarabangsakan bahasa yang kita sanjung agar dapat duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan bahasa-bahasa lain di dunia. Sehubungan dengan itu, pelbagai dasar digubal dan arahan dilakukan oleh pihak kerajaan untuk merealisasikan hasrat itu. Melalui peranan bahasa kebangsaan, telah wujus Dewan Bahasa dan Pustaka, Pelaksanaan Dasar Pendidikan Kebangsaan, dan Dasar Bahasa Kebangsaan di Negara yang tercinta ini.

Usaha mendaulatkan bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan merupakan suatu perjuangan yang berliku-liku dan sukar. Walau bagaimanapun, nyatalah kini perkara ini kian berubah apabila ratusan ribu makalah ilmiah, ribuan nashkah buku teks dan ratusan tesis Doktor Falsafah dan Sarjana telah diterbitkan dalam bahasa Malaysia. Perkembangan tersebut membuktikan bahawa kedudukan dan martabat bahasa Malaysia sebagai nahasa ilmu tidak boleh diragui lagi. Kepentingan ini selari dengan hasrat dan cita-cita majoriti bangsa Malaysia untuk memartabatkan bahasa kebangsaan sebagai bahasa yang dihormati oleh masyarakat dunia. Bukti lain tentang kemajuan bahasa kebangsaan ialah apabila kita dapat melahirkan sejumlah besar pegawai kanan dan para ilmuwan Malaysia yang telah dididik melalui perantaraan bahasa kebangsaan.

Apabila kita menyenruh isu mendaulatkan bahasa kebangsaan sebagai bahasa ilmu dan bahasa perpaduan bangsa, langkah-langlah telah diambil bagi memastikan semua rakyat menghormati dan tidak mempersoalkan kepentingan bahasa kebangsan. Oleh sebab itulah kita menggunakan bahasa ini dalam urusan rasmi. Pada peringkat antarabangsa, umpamanya Negara Jepun, Jerman, Perancis, Itali dan beberapa buah Negara lain di Eropah mempercayai sepenuhnya keupayaan bahasa ibunda masing-masing. Keyakinan itu tidak menghalang mereka menonjolkan diri dengan pelbagai kemajuan pada peringkat antarabangsa, Semangat rakyat Negara tersebut perlu kita contohi untuk kebaikan dan kedaulatan bahasa ibunda kita. Keyakinan kita kepada bahasa kebangsaan akan memberikan keupayaan bersaing apabila yang terkumpul tidak mudah dicapai oleh kalangan mereka yang tidak mahir berbangsa Malaysia. Langkah ini juga merupakan cara yang paling berkesan bagi bangsa lain untuk mempelajari bahasa Malaysia dan mengenali ketamadunanya.

Dengan itu, Malaysia perlu memperkukuh pembangunan bahasa Malaysia agar strategi dan aktiviti pelaksanaan dasar kebangsaan bersebati dengan semua rakyat Negara ini. Setiap warga Malaysia harus menjiwai kepentingan Negara kita mengamalkan dan memartabatkan bahasa kebangsaan sebagai bahasa jiwa bangsa. Kita harus memberikan peluang yang ada dengan seluas-luasnya kepada bahasa ibunda untuk bersaing dengan bahasa lain dan mencapai kemajuan yang setaraf dengan bahasa yang sudah dikagumi di dunia ini pada masa ini.

Incoming search terms:

  • kepentingan mendaulatkan bahasa melayu (42)
  • kepentingan bahasa kebangsaan (26)
  • kepentingan bahasa ibunda (17)
  • bahasa perpaduan (16)
  • kepentingan bahasa jiwa bangsa (12)
  • definisi dasar bahasa kebangsaan (12)
  • dasar bahasa kebangsaan (10)
  • BAHASA KEBANGSAAN (10)
  • peranan bahasa ibunda (8)
  • kepentingan bahasa melayu (7)

Keputusan Kelayakan Formula F1 Grand Prix Australia 2011

Keputusan terkini yang baru berakhir sebentar tadi adalah seperti berikut:

1. Sebastian Vettel

2. Lewis Hamilton

3. Mark Webber

4. Jenson Button

5. Fernando Alonso

Incoming search terms:

  • Keputusan Formula F1 (1)
  • keputusan terkini ujian bebas f1 australia (1)

Punca-Punca Diskriminasi Gender Tidak Begitu Ketara di Malaysia

09tier_600

Hak pekerja wanita seharusnya dihormati selaras dengan amalan kesaksamaan gender yang diterapkan dalam sektor awam di negara ini. Secara ilmiah gender ialah konstruksi sosial tentang peranan yang patut dimainkan oleh lelaki dan wanita dalam sesebuah masyarakat. Sementara diskriminasi gender pula dirujuk kepada soal gaji, kenaikan pangkat, peluang pekerjaan, masa bekerja, hak bercuti dan perubatan, pengenalan pakej perlindungan insurans, serta kebajikan pekerja. Jika dibandingkan dengan Negara lain, didapati tenaga kerja wanita dalam sektor pekerjaan di Malaysia masih rendah, manakala diskriminasi di kalangan mereka pula tidak ketara. Perkara ini ada kaitannya dengan usaha kerajaan yang sentiasa memastikan hak pekerja wanita sentiasa dihormati.

Pada masa ini, diskriminasi gender di Malaysia sangat minimum kerana para pekerja wanita dapat menikmati keadilan dalam bidang pekerjaan. Jika wujud diskriminasi sekalipun, hal ini tidak terlalu ketara disebabkan system pekerjaan di Negara ini mengambil kira semua pihak yang berkaitan. Kita mengakui bahawa setiap perkara mempunyai karenahnya yang tersendiri, tetapi di Negara ini, perkara ini dapat dibatasi disebabkan wujud pihak yang prihatin dan sentiasa cuba membaiki keadaan dalam menangani diskriminasi gender di tempat kerja. Kita yakin bahawa persepsi berhubung dengan gender akan berubah kerana hal ini bergantung pada tempat dan proses sosialis yang dilalui oleh seseorang. Berhubung dengan soal hak dan perlindungan bagi pekerja wanita, perundangan perburuhan Negara tidak mengizinkan layanan yang tidak sama antara pekerja berdasarkan jantina. Akta kerja 1955 sebagai perundangan perburuhan utama diguna pakai dengan sama antara pekerja wanita dan lelaki.

Di Negara ini, ada beberapa peruntukan dalam undang-undang buruh khusus bagi menampung keperluan pekerja wanita, iaitu hal tentang bekerja pada waktu malam, cuti bersalin, dan faedah-faedah bersalin. Setiap pekerja wanita layak mendapat cuti bersalin selama 60 hari, malah seseorang pekerja wanita tidak boleh diberhentikan kerja dalam tempoh beliau sedang cuti bersalin. Jika ditinjau lebih lanjut dalam bidang pekerjaan, ada jurusan seperti perguruan dan kejururawatan yang lebih banyak dimonopoli oleh kaum wanita, barangkali ada pihak yang mendakwa diskriminasi gender berlaku di sini, tetapi dalam hal yang lain seperti bidang kejuruteraan dan ketenteraan lebih banyak golongan lelaki yang memonopolinya. Dalam hal ini, mungkin kesesuaian tugas dan bebanan kerjalah yang menjadi ukuran pengambilan pekerja. Situasi ini bergantung pada sector pekerjaan, keadaan kerja, latihan dan kenaikan pangkat.

Untuk mengatasi kelompongan ruang ini, masyarakat dididik bahawa diskriminasi gender tidak sepatutnya berlaku. Diskriminasi ini akan mengakibatkan seseorang itu hilang keyakinan diri, menjunamnya perkembangan ekonomi sesebuah Negara, dan kerugian aplikasi tenaga mahir dalam sesebuah Negara.

Incoming search terms:

  • diskriminasi jantina (90)
  • diskriminasi jantina di malaysia (39)
  • punca diskriminasi jantina (30)
  • punca diskriminasi (27)
  • diskriminasi jantina di tempat kerja (19)
  • diskriminasi (13)
  • punca diskriminasi wanita (13)
  • diskriminasi wanita di tempat kerja (13)
  • punca-punca diskriminasi jantina (12)
  • diskriminasi gender (10)

Libya Di Serang Tentera Bersekutu

Libya

Menurut berita terkini, Libya terus diserang oleh tentera bersekutu yang diketuai oleh Amerika Syarikat dan sekutu rapatnya Britain. Serangan bom dari pesawat pejuang dilakukan bertubi2 sebelum diikuti oleh serangan peluru berpandu tomahawk dari kapal. Ini menyebabkan Libya lumpuh seketika.

Bagaimanapun, Gaddafi masih belum ada tanda2 untuk mengalah tetapi gencatan senjata telah diumumkan oleh kerajaan Libya. Namun, kita tunggu apa perkembangan seterusnya. Ramai mangsa telah terkorban. Peperangan ini dijangka tidak berkesudahan.

Harap pihak barat tak akan masuk campur secara terang2an tetapi hanya menolong menguatkuasakan larangan terbang di kawasan udara Libya. Ini untuk membolehkan tentera pemberontak menggempur tentera pimpinan Gaddafi. Orang sekejan Gaddafi yang membunuh rakyat sendiri perlu dibuang dari Libya.

Pemerintahan seperti itu perlu ditukar tapi biarlah tanpa campur tangan pihak Barat. Semoga Islam akan naik akhirnya. Dan Umat Islam selamat dunia dan akhirat. Amin…

 

March 2011
M T W T F S S
« Feb   Apr »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031