Tentang Blog Kimirekonen...

Blog Kimirekonen.com merupakan blog khusus untuk berita-berita semasa, isu-isu terkini, berita tentang sukan, tips-tips untuk dikongsi dan pelbagai lagi. Kepada para pembaca sekalian, silalah berkunjung ke laman web ini selalu.

Tentang Saya...

Saya sebagai admin blog ini merupakan seorang blogger part time yang menjadikan blog ini sebagai tempat untuk menyampaikan sesuatu kepada pengunjung internet. Selain itu, saya ingin berkongsi ilmu dan tips-tips.

Pembangunan Dan Alam Sekitar

Keamanan dan kemantapan ekonomi memudahkan kerajaan mengatur perancangan untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju pada tahun 2020. Wawasan mantap bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohammad diteruskan oleh Datuk Seri Abdullah Hj Ahmad Badawi yang kekal bersifat proaktif agar segala perancangan menjadi kenyataan.

Kerajaan menekankan pembangunan berbentuk fizikal dan kerohanian. Dalam aspek fizikal, kerajaan berjaya membina bangunan berkembar tertinggi di dunia, Menara Berkembar Petronas. Bangunan ini memberi imej yang tinggi kepada Negara. Dalam waktu yang sama, system jalan raya dipertingkat untuk memastikan kenderaan dapat bergerak lancar.

Pembangunan yang pesat menyebabkan orang ramai tertumpu ke bandar-bandar besar. Apabila ini berlaku, desakan untuk memiliki rumah kian meningkat. Peliang ini diambil kesempatan oleh pemaju perumahan untuk membina rumah. Maka, banyaklah taman-taman perumahan yang dibina yang mengandungi rumah banglo, berkembar, teres dan pangsapuri.

Dalam keghairahan mengejar kemajuan, penerokaan hutan simpanan telah menyebabkan berlakunya pencemaran alam sekitar. Hal ini berlaku kerana bukit-bukit ditarah tanpa usaha menanam rumput dan pokok.Apabila hujan sahaja, tanah akan terhakis lalu berlakulah banjir Lumpur. Masalah ini tidak akan berlaku jika pemaju perumahan mengikut prosedur yang ditetapkan.

Keadaan diburukkan lagi dengan sikap masyarakat yang membuang sampah ke dalam sungai. Ini menyebabkan air berkeladak dan hidupan air tidak dapat hidup dengan sempurna. Kesan lain, air sungai tidak dapat digunakan sebagia sumber untuk pertanian. Nampaknya, kempen “Cintai Sungai Kita” belum membuahkan hasil yang diharapkan.

Untuk memastikan Malaysia terus maju, pembangunan sememangnya perlu. Namun,kemajuan tersebut perlu seiring dengan sikap masyarakat. Oleh itu, marilah kita merebut peluang yang ada di depan mata demi mengejar kemajuan dengan mengekalkan nilai-nilai murni yang dituntut oleh masyarakat.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Incoming search terms:

  • pembangunan dan alam sekitar (38)
  • pembangunan alam sekitar (10)
  • alam sekitar dan pembangunan (8)
  • isu semasa alam sekitar 2011 (6)
  • penerokaan hutan perlu diteruskan (4)
  • isu semasa alam sekitar (4)
  • pencemaran alam sekitar (3)
  • isu pembangunan dan alam sekitar (3)
  • isu semasa tentang penerokaan alam semula jadi (2)
  • isu-isu alam sekitar dalam pembangunan (2)

Leave a Reply

 

March 2011
M T W T F S S
« Feb   Apr »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031