Tentang Blog Kimirekonen...

Blog Kimirekonen.com merupakan blog khusus untuk berita-berita semasa, isu-isu terkini, berita tentang sukan, tips-tips untuk dikongsi dan pelbagai lagi. Kepada para pembaca sekalian, silalah berkunjung ke laman web ini selalu.

Tentang Saya...

Saya sebagai admin blog ini merupakan seorang blogger part time yang menjadikan blog ini sebagai tempat untuk menyampaikan sesuatu kepada pengunjung internet. Selain itu, saya ingin berkongsi ilmu dan tips-tips.

Cara Menangani Masalah Anak Malas Belajar

Dewasa ini, terdapat banyak masalah yang diluahkan oleh pihak ibu bapa mengenai anak mereka yang susah atau kurang keinginan untuk belajar akibat kehilangan motivasi. Terdapat banyak hal yang boleh mempengaruhi emosi seseorang kanak-kanak untuk belajar dengan keinginannya sendiri. Sebagai ibu bapa, kita tidak seharusnya bersikap lepas tangan dalam menangani pendidikan anak-anak mereka di sekolah. Jumlah pelajar yang ditempatkan dalam sesebuah kelas adalah agak ramai, ditambah pula dengan beban mata pelajaran yang semakin banyak membuat para guru semakin kurang memberi perhatian yang lebih kepada seorang kanak-kanak sahaja. Keadaan inilah yang harus diberi perhatian oleh ibu bapa. Keadaan ini menyebabkan ibu bapa tidak harus menyerahkan sepenuh tanggungjawab untuk mendidik anak mereka kepada guru sahaja, tetapi mereka juga seharusnya memanrtau perkembangan pelajaran anak mereka disekolah, di samping membantu anak mereka dalam menyelesaikan tugasan atau kerja sekolah yang diberikan oleh guru anak-anak mereka. Persoalannya, bagaimana untuk meningkatkan motivasi belajar anak mereka? Perkara inilah yang akan kita bincang kali ini.

Setiap ibu bapa haruslah menjalinkan kerjasama dengan pihak sekolah untuk mengatasi apa-apa masalah yang dihadapi oleh pihak sekolah. Dengan ini, adalah digalakkan bagi ibu bapa untuk menyertai Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) di sekolah tempat anak mereka belajar. Ini membolehkan ibu bapa dan pihak sekolah untuk sama-sama berganding bahu dalam menyelesaikan permasalahan pelajar dan sekolah. Ibu bapa tidak seharusnya menyalahkan pihak sekolah sahaja jika anak-anak mereka terlibat dalam segala permasalahan si dalam sekolah, tetapi mereka harus berganding bahu bagi mewujudkan satu persekitaran yang menyenangkan dan selesa agar anak mereka mendapati bahawa proses pembelajaran itu bukanlah sesuatu yang membosankan, sekaligus meningkatkan keinginan untuk belajar dalam diri anak mereka.

Selain itu, ibu bapa juga seharusnya mencipta suasana belajar yang menyenangkan bagi anak-anak mereka. Ini termasuklah, membina perpustakaan mini di dalam rumah, atau membina sebuah taman mini di persekitaran rumah bagi mewujudkan suasana selesa untuk anak-anak mereka mengulangkaji pelajaran. Bagi sesetengah ibu bapa yang tidak berkemampuan untuk berbuat demikian, cukuplah sekadar dengan menyediakan satu ruang yang bersih, kemas dan menyenangkan mata memandang di dalam rumah atau di kawasan rumah bagi anak-anak mereka.

Ibu bapa juga seharusnya memberi pelajaran tambahan untuk anak-anak mereka. Contohnya, dengan mengupah seorang guru tuisyen untuk dating dan mengajar anak di rumah. Besar kemungkinan, anak-anak yang kurang minat untuk belajar ini, mereka berasa rimas dan tidak selesa untuk belajar dalam suasana yang bising dan ramai rakan sedarjah. Jadi, dengan menyediakan seprang guru tuisyen bagi anak mereka, secara tidak langsung, mereka dapat memberikan tumpuan yang lebih baik berbanding semasa berada di dalam kelas.

Akhir sekali, ibu bapa juga sepatutnya memberikan kesempatan bagi anak mereka untuk mengembangkan kemampuan pembelajaran mereka. Ini termasuklah dengan membelikan mereka lebih bahan bacaan berupa buku cerita, dan fiksyen sains serta ensiklopedia mudah untuk dibaca oleh anak mereka pada masa lapang. Selain itu, ibu bapa juga boleh membelikan bahan-bahan pembelajaran yang lain berupa computer riba dan sebagainya. Secara tidak langsung, mereka dapat melayari laman web dan memperoleh pelbagai ilmu berguna.

Kesimpulannya, ibu bapa mesti berikhtiar agar anak mereka timbul keinginan untuk belajar. Jika tidak, keadaan anak yang malas dan kurang keinginan untuk belajar ini akan menjadi semakin buruk dari sehari ke sehari. Ini akan mengakibatkan anak-anak cenderung untuk terlibat dalam kegiatan ponteng sekolah, lepak, beragul dengan kawan-kawan yang slaah dan sebagainya. Jadi, sebelum nasi menjadi bubur, ibu bapa haruslah mengelak perkara sebegini daripada terjadi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Incoming search terms:

  • belajar (29)
  • cara mengatasi anak malas belajar (27)
  • masalah anak malas belajar (25)
  • cara mengatasi masalah pembelajaran kanak-kanak (21)
  • menangani anak malas belajar (19)
  • cara mendidik anak yang malas belajar (17)
  • mengatasi masalah anak malas belajar (13)
  • cara mengatasi masalah pembelajaran (12)
  • anak malas belajar (12)
  • cara menangani anak malas belajar (11)

One Response to “Cara Menangani Masalah Anak Malas Belajar”

  1. titan Says:

    masalahnya ramai ibu bapa terlalu sibuk dan biarkan anak begitu sahaja. Ada plak anak, memang malas dan degil. Nasihat ibu bapa tak nak dengar. Hujung cerita, cikgu pula disalahkan..

    [Reply]

Leave a Reply

 

April 2011
M T W T F S S
« Mar   May »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
252627282930