Tentang Blog Kimirekonen...

Blog Kimirekonen.com merupakan blog khusus untuk berita-berita semasa, isu-isu terkini, berita tentang sukan, tips-tips untuk dikongsi dan pelbagai lagi. Kepada para pembaca sekalian, silalah berkunjung ke laman web ini selalu.

Tentang Saya...

Saya sebagai admin blog ini merupakan seorang blogger part time yang menjadikan blog ini sebagai tempat untuk menyampaikan sesuatu kepada pengunjung internet. Selain itu, saya ingin berkongsi ilmu dan tips-tips.

Perkembangan Pembangunan Negara Menuju Negara Maju 2020

Malaysia meletakkan sasaran tahun 2020 untuk menjadi Negara maju. Beberapa pihak termasuk para penganalisis ekonomi meramalkan bahawa sasaran itu dapat dicapai lebih awal berdasarkan pembangunan pesat di Negara ini sejak dua dekad yang lalu. Daripada sebuah Negara yang berorientasikan pertanian, Malaysia telah mengorak langkah menjadi Negara perindustrian yang disegani di rantau Asia. Walaupun belum mencapai tahap Negara maju tetapi Malaysia tidak lagi dikenali sebagai Negara sedang membangun.  Langkah yang dilaksanakan oleh kerajaan untuk memajukan Negara adalah dengan menghaouskan kemiskinan dan meningkatkan pendapatan rakyat. Tindakan itu dilakukan  dengan menyediakan peluang-peluang pekerjaan melalui pembukaan kawasan industri baru.

Pada masa ini, dapat kita saksikan kerajaan sedang giat menyediakan pelbagai infrastruktur seperti rangkaian jalan raya untuk menarik pelabur luar untuk menanam modal di Negara ini. Selain itu, pihak berkuasa juga telah memberikan tumpuan untuk membangunkan dan memodenkan sektor pertanian bagi melengkapi pembangunan perindustrian yang berasaskan pertanian  serta menangani isu yang berkaitan dengan penggunaan tanah dan bahan mentah. Perkembangan ini akan melebarkan sayap kita untuk meningkatkan kemajuan megara. Kita harus akur dengan situasi ini; jika wujud rintangan sudah tentu halangan-halangan itu tetap dapat diatasi kerana kita yakin  bahawa pembangunan iti akan memberikan manfaat kepada rakyat. Demikian juga dengan pembinaan rumah baru dapat dimiliki oleh majority rakyat Negara ini kerana kita mahu pembangunan akan memberikan manfaat kepada seluruh rakyat.

Setiap pembangunan yang dilaksanakan telah dirancang dengan rapi dan mengambilkira keperluan rakyat. Pandangan rakyat diambilkira dan dilibatkan dalam seiap program pembangunanyang hendak dilaksanakan samada secara langsung atau tidak langsung. Hal ini dititikberatkan bagi mengelakkan berlakunya jurang antara golongan kaya dengan miskin serta membolehkan aetiap pihak mendapat faedah daripada setiap projek yang dilaksanakan. Usaha-usaha untuk meraih kemajuan dilaksanakan mengikut keperluan rakyat bersandarkan pelbagai kemudahan yang ada di Malaysia. Selain itu, rancangan pembangunan harus ada daya untuk membangunkan sector pelancongan dan memberikan tumpuan pada teknologi pembuatan. Apa-apa pun tumpuan oleh kerajaan untuk membina kemajuan maka pembangunan itu mencakup semua bidang termasuk sosial, agama, dan budaya di samping ekonomi dan nilai komersial.

Dalam usaha membina kemajuan, unsur-unsur tradisi dan warisan bangsa harus dipertahankan. Pembangunan dan kemajuan tidak akan bererti jika elemen-elemen itu dikorbankan. Sebaliknya, elemen-elemen itulah yang dapat dijadikan asas pembangunan sesebuah Negara. Menerusinya lah masyarakat yang harmoni, stabil, makmur dan bersatu padu dapat diwujudkan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Incoming search terms:

  • pembangunan negara (15)
  • perkembangan pembangunan di malaysia (15)
  • malaysia maju 2020 (13)
  • malaysia negara maju 2020 (8)
  • pembangunan negara malaysia (7)
  • perkembangan pembangunan (7)
  • cara membangunkan negara (7)
  • negara maju (6)
  • cara untuk membangunkan negara (5)
  • perkembangan negara malaysia (5)

Leave a Reply

 

April 2011
M T W T F S S
« Mar   May »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
252627282930