Tetamu yang diundang kebas plak RM25,000
Berita dari harian metro hari ini, 8/1/2010 :-
“Mangsa hanya menyedari kehilangan barangan kemas yang disimpan dalam sebuah almari di rumahnya itu sebaik anak rakan baiknya berusia 20-an menghilangkan diri selepas menumpang di rumahnya pada malam berkenaan,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.Menurutnya, berikutan itu gerakan mengesan suspek dilakukan dan lelaki terbabit ditahan ketika berkeliaran di kawasan berhampiran PPR berkenaan kira-kira jam 2 pagi, semalam.
“Hasil siasatan mendapati suspek memajakkan semua barang kemas yang dicurinya itu di sebuah kedai pajak gadai di Chow Kit di sini.“Kami juga yakin lelaki terbabit menggunakan wang berkenaan untuk kegunaan peribadi kerana dia tidak bekerja,” katanya.
Zainudin berkata, lelaki terbabit kini ditahan reman dan kes berkenaan akan disiasat di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri dalam bangunan.
Komen aku ——-> Kita buat baik kat orang, orang plak balas jahat kat kita. Macam2 dunia sekarang, pelik2 dah perkara yang berlaku. Orang dah tak kisah nak buat apa, samada perkara itu memang buruk atau salah.
Apapun, pengajaran untuk kita, dalam dunia hari ini, kita perlulah berhati2 dalam berurusan dengan orang. Tak kisah orang itu dikenali atau tidak.
Incoming search terms:
- astro hilang chanel (2)
- batu jet cincin dan rantai (2)
- pajak gadai chow kit (2)
- cara pengiraan bagi taraf pekerja berpencen 2012 (1)
- METRO HARI INI (1)
- pajak gadai di sentul (1)
- pajak gadai in chow kit (1)
- pajak gadai-chow kit (1)
Leave a Reply