Wong Choong Hann Sertai Skuad Piala Thomas?
Diberitakan bekas pemain badminton kebangsaan, Wong Choong Hann akan kembali semula menyertai pasukan kebangsaan untuk memperkuatkan barisan Piala Thomas tahun ini. Kalau tak silap pertandingan tahun ini akan diadakan di Malaysia. So, sepatutnya kita menggunakan peluang ini untuk merampas kembali Piala Thomas setelah hm… 18 tahun.
Kemasukan Choong Hann memang sgt dialu2kan kerana pemain pelapis atau pemain muda yang ada masih belum mencapai tahap dunia dan tak dapat menyerlah disirkit2 antarabangsa. Pemain2 seperti Daren Liew, Ariff Latif, Chong Wei Feng dan lain2 masih belum cukup bagus untuk mengganti pemain senior yang sedia ada. Untuk mengalahkan Hafiz Hashim pun belum tentu. Itu belum Lee Chong Wei lagi. Apatah lagi pemain2 hebat luar negara.
Berbalik kepada Piala Thomas, kita masih ada peluang untuk menang. Yang penting semangat berpasukan dan tidak mudah mengalah menjadi intipati perjuangan pemain2. Jikakalau kita tak mudah mengalah, kita pasti akan memberi cabaran hebat pada pasukan lain.
Diharapkan kita dapat menamat kemarau untuk menjulang Piala Thomas setelah sekian lama menanti. Malaysia Boleh!
Incoming search terms:
- dato lee chong wei dimenangi berepa kejuaraan pada tahun 2011 (1)
January 18th, 2010 at 5:57 pm
hmmm…. kalau tak silap tahun nie piala thomas kat jakarta indonesia…..
[Reply]
admin Reply:
January 19th, 2010 at 12:21 am
ada link ke mana2 berita ttg tu?
cuma saya ada baca berita ttg piala thomas tu
rasanya buat kat malaysia
[Reply]