Dividen ASB
Pelaburan ASB merupakan pelaburan yang dikatakan menguntungkan serta dijamin oleh kerajaan. Tiap2 tahun ASB memberi dividen dan bonus yang lumayan kepada pelaburnya. Kebiasaannya dividen yang diberi adalah sebanyak 6-7 peratus. Kalau pada awal2 dulu leh cecah 20-30% kalau tak silap.
Lepastu, lama2 ianya makin menurun bilamana dah ramai yang join dalam pelaburan ASB ni. ASB merupakan kependekan dari Amanah Saham Bumiputera. Rakyat Malaysia memang digalakkan menabung dalam ASB ni. Memang menguntungkan dan berfaedah kerana ianya satu bentuk simpanan dan juga pelaburan.
Cuma bagi saya, saya agak ragu2 dari segi kemana duit pelabur itu dilaburkan. Ada juga yang mengatakan pelaburan ASB ni agak meragukan. Terdapat pelbagai fatwa tentangnya. Tetapi, pada saya masih halal cuma kalau kita tak yakin, jangan libatkan dengannya. Itu sahaja.
Apapun, kita sebagai orang Islam dan juga orang melayu digalakkan melabur dan menyimpan supaya dapat digunakan pada masa hadapan dan juga bila mana diperlukan. Jangan boros dan ingatkan masa akan datang.
Amalkan bersedekah dan membayar zakat yang wajib.
September 1st, 2010 at 1:32 pm
Kenapa tidak menyimpan dlm unit amanah public mutual.
Lebih elok lagi kalau kita sendiri yg uruskan yer.
Kita boleh jadi usahawan unit trust yg berjaya
Berminat boleh layari http://extra-wang.blogspot.com
atau sms/hubungi saya, Zahid 012-6100725
extra-wang
[Reply]
admin Reply:
September 1st, 2010 at 2:41 pm
saya nak cuba juga melabur dalam public mutual tapi belum dapat laksanakan
[Reply]
September 1st, 2010 at 4:32 pm
pilihan akak ASB
[Reply]
September 3rd, 2010 at 11:20 am
Saye menyimpan kat ASB… =)
[Reply]
December 15th, 2010 at 4:56 pm
Saya prefer ASB.
Dah banyak ajen Public Mutual convince suruh melabur dalam saham diaorang melalui EPF..Aku tolak dengan baik sebabnya pelaburan tersebut mengkayakan ajen dan bank berkenaan, sebahagian dari keuntungan kita dikaut oleh diaorang..So I let my EPF stay where ever it is…
[Reply]