Tips Kemas Rumah

Mengemas rumah merupakan aktiviti yang paling malas kita buat tetapi paling penting untuk kita buat. Biasanya, kita akan menetapkan masa untuk mengemas rumah pada hujung minggu sambil beristirehat. Kemas rumah ni penting supaya rumah kita tak bersepah dan kurang menarik. Kalau ada anak2 kecil lagilah susah nak kemas sebab asal kemas je mesti kena sepah balik. Hehe.

Tapi itu biasa la, takde masalah punya. Cara dan tips yang mudah untuk kemas rumah adalah dengan mengambil masa hanya 10 minit setiap hari bekerja iaitu di pagi hari atau di waktu petang. Kemas hanya meletakkan barang pada tempat yang sepatutnya sahaja. Tidak perlu terlalu details dari segi kekemasannya.

Rumah yang kemas akan menarik perhatian orang dan juga menyedap mata sendiri memandang. Bila balik kerja atau nak beristirehat mesti rasa lega dan lapang sikit. Jadilah kemas lah rumah anda bila ada masa terluang. Untuk waktu hujung minggu, ambil masa separuh hari untuk mengemas rumah.

Se;ain itu, laman rumah juga perlu dikemaskan juga. Apapun selamat beristirehat di hujung minggu sambil mengemas rumah.

:-)

Carta Liga Super Terkini – 1 Ogos 2010

Kedudukan terkini adalah seperti berikut:

Juara – Selangor

Naib Juara – Kelantan

Ketiga – Terengganu

Keputusan Live Liga Super Malaysia – 31 Julai 2010 (result)

Johor FC 1 – Kelantan 3

Kuala Lumpur 0 – KL Plus 2

Negeri Sembilan 5 – Pahang 0

T-Team 5 – Johor 0

Penang 0 – Perlis 0

Perak 1 – Kedah 0

Selangor 2 – Terengganu 0

Siapakah Adi Putra?

Saya rasa ramai juga antara kita yang kenal dengan Adi Putra. Adi Putra merupakan kanak-kanak genius yang sangat mahir dalam matematik. Dia berkebolehan menyelesaikan masalah matematik yang sukar. Memang dia seorang yang berbakat. Selain itu, dia juga ada kebolehan-kebolehan lain seperti kepetahan bercakap, daya fikiran yang matang lebih dari kanak-kanak sebaya dengannya dan lain2 lain lagi.

Cuma, sekarang ni dah lama tak dengar tentang adiputra. Kalau adiputra pelakon tu ada la jugak nampak. Hehe. Dengarnya dulu dapat tawaran masuk universiti, tapi lupa lak universiti mana yang bagi tawaran. Unisel kot. Lupa dah aku. Sebabnya budak tu katanya tak nak belajar lagi. Entahla sebab apa.

Tapi bagi aku, baik teruskan belajar secara normal dan bergaul dengan kanak2 lain. Jangan terkongkong dengan mak bapak je. Bergaul sikit dengan orang. Aku pernah terserempak dengan dia dan bapak dia masa kat restoran di parit raja, Johor. watpe tah dia kat situ.

Hmm.. apapun semoga berjayalah untuk adik adi putra. Harap tidak sombong dan hanyut dengan kemasyhuran dunia yang tidak kekal ini.

Tip Buat Telur Mata Kerbau

Telur mata kerbau merupakan makanan yang paling senang dan cepat dibuat. Tambah nasi dan kicap, terus boleh makan. Orang bujang memang tu la makanan kegemaran mereka. Jimat dan cepat serta senang dibuat. Cuma telur mata kerbau ni ada skillnya untuk buat supaya cantik dan tidak pecah.

Caranya yang penting adalah semasa kita nak pecahkan telur mata tu kena pecahkan dengan berhati2 dan perlahan. Pastu semasa pecahkan, dekatkan dengan kuali terus supaya dapat jatuh atas minyak lebih dekat. Jadi, takdelah nak pecah nanti telur kuningnya.

Kalau telur kuning dapat maintain, cantiklah jadinya telur mata kerbau tu. Pastu, semasa nak masakkan telur tu, pastikan apinya perlahan sahaja. Ini supaya tak terbakar atau hangus bahagian bawahnya. Minyak yang digunakan pula biarlah minyak yang baru. Barulah rasanya sedap dan asli.

So, selamat mencuba k. Tips ni memang sesuai untuk orang bujang yang duk lepak rumah sewa terutama lelaki la.

Apa itu PTD? – Pegawai Tadbir Diplomatik

Kalau kita bekerja dengan kerajaan atau terlibat dengan kerajaan, kita akan selalu dengar tentang PTD. Apakah dia PTD sebenarnya? PTD adalah nama pendek bagi Pegawai Tadbir Diplomatik. Jadi, ianya adalah jawatan kerajaan yang bertaraf pegawai. Tetapi adakah dia bermaksud pekerjaan di negara orang kerana ada nama diplomatik? Sebenarnya tidak.

Jawatan PTD ini lebih kepada jawatan dalam organisasi untuk peringkat lebih tinggi. Gred bagi jawatan ini bermula dengan M41 dan akan naik ke gred seterusnya mengikut hirearki. Jawatan ini membolehkan kakitangan kerajaan menjawat jawatan penting dalam sebuah badan kerajaan seperti jabatan pengangkutan jalan, jabatan penilaian negara dan sebagainya.

Kalau yang jadi ketua tu biasanya PTD la tu. Nak dapat jawatan ni kena pergi temuduga, kursus dan sebagainya. Agak susah jugak nak dapat, tapi kalau dapat kira untung jugakla. Cuma bergantung kepada minat seseorang, kalau suka berkomunikasi dengan orang boleh la mintak jawatan ni.

Daya kepimpinan kena ada la baru senang dapat. Apapun, tak salah mencuba.

Khidmat sms percuma secara online

Saya ada terjumpa satu perkhidmatan menghantar sms secara percuma kepada talian telefon tanpa wayar yang ada di negara kita. Perkhidmatan ini adalah secara online. Kita boleh menghantar sms kepada sesiapa sahaja asalkan no nya adalah dari malaysia. 013, 012, 016.

Caranya mudah sahaja, pergi ke laman web berikut:-

http://www.sms.org.my/

Kemudian, masukkan senarai telefon bimbit yang kita mahu ke dalam senarai dengan mendaftar di laman web tersebut. Ada butang masukkan nombor telefon. Lepas tu baru boleh hantar mesej atau teks ke mana nombor telefon yang kita mahu.

Selamat mencuba… jika berjaya bagitau saya yer…