Kepentingan dan Faedah Penapis Air
Sekarang ni musim air tak ada atau pun kurang dari segi kuantiti. Ini berita yang saya baca kat dalam paper kebelakangan ini. Kes kurang air banyak berlaku di selangor dan kuala lumpur yang banyak menggunakan air. Di johor pun kena juga bulan 3 dan 4 haritu. sekarang dah ok balik.
Berbalik pada tajuk, bila berlaku kekurangan air, maka air akan dicatu dan seterusnya kualiti air pun kurang baik. Untuk itu kita memerlukan penapis air yang baik supaya kualiti air yang diminum oleh keluarga kita adalah baik. Pada saya, tak salah berbelanja untuk penapis air tetapi biarlah mengikut kemampuan kita.
Saya sendiri pun guna penapis air mineral yang biasa je. Harga dalam RM70. Kalau yang bagus tu mau ratus2 kena. Takpun ribu2. Tapi kualiti air memang best la. Siap dapat aura dan tapisan kimia lagi.
Apapun, belilah mengikut kemampuan kewangan kita. Yang penting, air tetap kena masak hingga menggelagak. Hehe….
Did you enjoy this post? Why not leave a comment below and continue the conversation, or subscribe to my feed and get articles like this delivered automatically to your feed reader.







info tentang penulenan air di SIHAT SELALU – Kualiti Air Bergantung Kepada Proses Penulenan