Siapakah Adi Putra?

Saya rasa ramai juga antara kita yang kenal dengan Adi Putra. Adi Putra merupakan kanak-kanak genius yang sangat mahir dalam matematik. Dia berkebolehan menyelesaikan masalah matematik yang sukar. Memang dia seorang yang berbakat. Selain itu, dia juga ada kebolehan-kebolehan lain seperti kepetahan bercakap, daya fikiran yang matang lebih dari kanak-kanak sebaya dengannya dan lain2 lain lagi.

Cuma, sekarang ni dah lama tak dengar tentang adiputra. Kalau adiputra pelakon tu ada la jugak nampak. Hehe. Dengarnya dulu dapat tawaran masuk universiti, tapi lupa lak universiti mana yang bagi tawaran. Unisel kot. Lupa dah aku. Sebabnya budak tu katanya tak nak belajar lagi. Entahla sebab apa.

Tapi bagi aku, baik teruskan belajar secara normal dan bergaul dengan kanak2 lain. Jangan terkongkong dengan mak bapak je. Bergaul sikit dengan orang. Aku pernah terserempak dengan dia dan bapak dia masa kat restoran di parit raja, Johor. watpe tah dia kat situ.

Hmm.. apapun semoga berjayalah untuk adik adi putra. Harap tidak sombong dan hanyut dengan kemasyhuran dunia yang tidak kekal ini.

Did you enjoy this post? Why not leave a comment below and continue the conversation, or subscribe to my feed and get articles like this delivered automatically to your feed reader.

Comments

SESUNGGUHNYA…

RAMAI ORANG TIDAK KENAL ADI PUTRA. MACAM2 KOMEN DIBERI KPDNYA. ANDA AKAN TAHU SIAPA SEBENARNYA DIA SUATU HARI NANTI. KOMENLAH APA PUN. KOMEN SETELAH MELIHAT DENGAN MATA DI KEPALA LUTUT MEMANG IKUT SYOK SENDIRI. PANDANGLAH DENGAN MATA HATI…

ceritalah kat kami siapa dia sebenarnya

Leave a comment

(required)

(required)