Tip Buat Telur Mata Kerbau

Telur mata kerbau merupakan makanan yang paling senang dan cepat dibuat. Tambah nasi dan kicap, terus boleh makan. Orang bujang memang tu la makanan kegemaran mereka. Jimat dan cepat serta senang dibuat. Cuma telur mata kerbau ni ada skillnya untuk buat supaya cantik dan tidak pecah.

Caranya yang penting adalah semasa kita nak pecahkan telur mata tu kena pecahkan dengan berhati2 dan perlahan. Pastu semasa pecahkan, dekatkan dengan kuali terus supaya dapat jatuh atas minyak lebih dekat. Jadi, takdelah nak pecah nanti telur kuningnya.

Kalau telur kuning dapat maintain, cantiklah jadinya telur mata kerbau tu. Pastu, semasa nak masakkan telur tu, pastikan apinya perlahan sahaja. Ini supaya tak terbakar atau hangus bahagian bawahnya. Minyak yang digunakan pula biarlah minyak yang baru. Barulah rasanya sedap dan asli.

So, selamat mencuba k. Tips ni memang sesuai untuk orang bujang yang duk lepak rumah sewa terutama lelaki la.

Did you enjoy this post? Why not leave a comment below and continue the conversation, or subscribe to my feed and get articles like this delivered automatically to your feed reader.

Comments

saya suka makan telur =)

First time baca tip telur mata kerbau ;)

Leave a comment

(required)

(required)