Tips Kemas Rumah

Mengemas rumah merupakan aktiviti yang paling malas kita buat tetapi paling penting untuk kita buat. Biasanya, kita akan menetapkan masa untuk mengemas rumah pada hujung minggu sambil beristirehat. Kemas rumah ni penting supaya rumah kita tak bersepah dan kurang menarik. Kalau ada anak2 kecil lagilah susah nak kemas sebab asal kemas je mesti kena sepah balik. Hehe.

Tapi itu biasa la, takde masalah punya. Cara dan tips yang mudah untuk kemas rumah adalah dengan mengambil masa hanya 10 minit setiap hari bekerja iaitu di pagi hari atau di waktu petang. Kemas hanya meletakkan barang pada tempat yang sepatutnya sahaja. Tidak perlu terlalu details dari segi kekemasannya.

Rumah yang kemas akan menarik perhatian orang dan juga menyedap mata sendiri memandang. Bila balik kerja atau nak beristirehat mesti rasa lega dan lapang sikit. Jadilah kemas lah rumah anda bila ada masa terluang. Untuk waktu hujung minggu, ambil masa separuh hari untuk mengemas rumah.

Se;ain itu, laman rumah juga perlu dikemaskan juga. Apapun selamat beristirehat di hujung minggu sambil mengemas rumah.

:-)

Did you enjoy this post? Why not leave a comment below and continue the conversation, or subscribe to my feed and get articles like this delivered automatically to your feed reader.

Comments

Kalau buat sikit2 setiap hari, idaklah penat sangat nanti :)
Kalau nak lagi senang, jangan sepahkan barang :)

Leave a comment

(required)

(required)