Pada zaman ekonomi yang tak menentu sekarang ini, yang mana jumlah pengangguran makin bertambah akibat berkurangnya peluang pekerjaan, adalah lebih baik kita mencari sumber pendapatan lain dari sumber biasa. Sumber yang dimaksudkan adalah dengan buat duit dari internet.
Tentu ada yang tertanya2 macam mana nak buat duit dari internet. Sebenarnya buat duit dari internet ni taklah susah sangat, cuma kalau nak buat BANYAK duit dari internet itu yang payah. Hehehe… Tapi untuk permulaan saya just cerita yang basic jela yer.
Pada post sebelum ini, saya ada cerita tentang macam mana nak buat duit dari upload file. Sepatutnya saya start dengan yang basic ini dahulu, tapi takpelah dah postpun,
. So untuk kali ini, saya nak beritahu cara-cara mendapatkan duit dari internet atau dikatakan secara online.
Cara-caranya adalah seperti menjual apa2 produk dengan membuat laman web khusus untuk jualan produk tersebut. Contohnya seperti menjual kerepek, so kita boleh buat laman web yang membuat jualan kerepek. Pelawat yang berminat mungkin boleh contact kita melalui email ataupun sms je. Pembayaran boleh dilakukan melalui internet banking. Mudah aje sebenarnya.
Selain itu, untuk buat duit di internet juga boleh dilakukan dengan membuat blog. Tetapi sekadar menulis blog je tak dapat duit. Kalau nak buat duit, kita mesti letakkan iklan kat blog kita. Ada macam2 jenis iklan. Kalau nak yang luar negara dan popular, pengiklanan adsense adalah sesuai. Cuma nak mohonnya yang susah sikit. Saya ada amik umah buka akaun adsense tetapi sekarang dah tutup (rehat) sebab susah sangat nak dapat. Google adsense ni kalau nak tau lebih lanjut, search je kat google.
Pastu, kita juga leh masuk Nuffnang. Hehe. Sign up kat nuffnang. Pastu letak ads atau banner dari nuffnang. Yang penting blog kita ramai pelawat. Ramai pelawat, banyaklah hasilnya iaitu melalui pelawat yang klik pada iklan tersebut.
Sebenarnya banyak cara lagi nak cari duit melalui internet atau buat duit melalui online ni. Yang penting kita mesti belajar dan mencari ilmu yang berkaitan. Selamat mencuba yer… Hmm sebelum terlupa, jika anda seorang newbie anda boleh dapatkan ebook percuma di laman web ini:-
http://hakizo.com/panduannewbie.htm
Incoming search terms:
- cara nak cari duit melalui internet (2)