
Mari dapatkan jadual dan keputusan terkini copa america 2011 di blog kimirekonen. Atau anda boleh juga ke laman web rasmi penganjur copa america di laman web berikut:
http://www.ca2011.com/
Incoming search terms:
- pemain bola sepak malaysia (7)
- pemain bola malaysia (2)
- image pemain bola malaysia (1)

Minggu hadapan bermula dari 21hb jun hingga 26hb jun 2011 akan berlangsung kejohanan badminton terbuka indonesia 2011. Kejohanan ini menawarkan hadiah berjumlah 600 ribu usd dan kejohanan ini merupakan salah satu daripada super series. Ramai pemain terbaik akan menyertai kejohanan ini.
Mereka yang dijangka bermain dalam kejohanan ini termasuk pemain perseorangan lelaki Datuk Lee Chong Wei (Malaysia), Lin Dan (China), Taufik Hidayat (Indonesia) serta Peter Hoeg Gade (Denmark). Pemain beregu terbaik pula adalah termasuk Markis Kido/Hendra Setiawan (Indonesia), Mathias Boe/Carsten Mogensen (Denmark) dan Koo Kean Keat/Tan Boon Heong (Malaysia).
Memang mantap peserta kali ini, mungkin kerana hadiah yang lumayan dan juga untuk mengumpul mata bagi kelayakan sukan olimpik 2012. Yang penting, pemain2 negara ramai yang layak ke olimpik supaya peluang nak menang emas pertama cerah.
Selamat berjuang pemain negara.
Incoming search terms:
- terbuka indonesia badminton (1)

Malaysia akan menentang Taiwan dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia 2014. Perlawanan akan diadakan pada 29hb Jun 2011. Dan perlawanan timbal balik pula akan diadakan pada 3 Julai 2011 di Taiwan. Jika kita menang secara agregat, kita akan menentang Singapura pula.
Tapi yang penting, kita kena menang perlawanan menentang Taiwan di tempat sendiri pada 29hb nanti. Ini adalah untuk mendapatkan kelebihan semasa berkunjung ke Taiwan nanti. Saya rasa kita kena bermain seperti biasa dan berterusan menyerang untuk mendapatkan gol yang banyak.
Jadi dapatkan keputusan perlawanan tersebut di laman web kimirekonen.com ini. Sentiasa membawa berita sukan terkini untuk anda.

Malam esok akan diadakan perlawanan persahabaran antarabangsa antara Malaysia dan Myanmar. Perlawanan akan diadakan buat kali pertama di Kota Bharu, Kelantan. Perlawanan ini juga merupakan kali pertama Malaysia bermain menentang perlawanan antarabangsa di gelanggang selain dari Stadium Bukit Jalil dan Stadium Shah Alam.
Perlawanan akan dilangsungkan di Stadium Sultan Muhammad Ke 4. Perlawanan bermula pada 8.30 malam dan dijangka akan ada siaran langsung di Astro Arena saluran 801. Kalau duk kelantan boleh la gi tengok kot, tapi yang duk jauh boleh tengok siaran langsung di tv je la. Atau di kedai2 mamak berhampiran. Haha.
Diberitakan juga, perlawanan ini tidak akan melibatkan dua penyerang utama negara iaitu Safee Sali dan Norshahrul Idlan Talaha. Safee masih berada di Indonesia manakala Norshahrul cedera. Jadi pemain harapan negara untuk bahagian serangan adalah Abdul Hadi Yahya. Penyerang yang sedang meningkat naik sekarang ni.
Apapun, harap pemain Malaysia dapat bermain dengan baik dan yang penting dapat bersedia untuk perlawanan yang lebih penting iaitu perlawanan kelayakan Piala Dunia menentang Taiwan.

Microsoft dijangka mengambil alih syarikat sistem telefon internet Skype. Bagi yang biasa guna perkhidmatan telefon internet mesti tahu tentang Skype ni. Saya sendiri sebenarnya tak pernah guna Skype ni. Nilai pengambilalihan itu dikatakan mencapai 8.5 billion USD. Tinggi juga nilainya tu.
Memang untung giler pemilik asal Skype tu nanti. Berbillion tu. Lepas tu dah leh pencen dan rehat kat rumah jela. Hehe. Sebenarnya ini dikatakan usaha Microsoft untuk menandingi syarikat gergasi lain seperti Google dan Apple. Lepas ni, windows mesti diintegrasikan dengan Skype ni. Kita tengok jela nanti.
Menurut berita, pengambilalihan akan dilakukan dalam masa terdekat. Memang sengit persaingan dalam dunia internet ni. Tu belum masuk persaingan dengan Facebook lagi.
Incoming search terms: