Tentang Blog Kimirekonen...

Blog Kimirekonen.com merupakan blog khusus untuk berita-berita semasa, isu-isu terkini, berita tentang sukan, tips-tips untuk dikongsi dan pelbagai lagi. Kepada para pembaca sekalian, silalah berkunjung ke laman web ini selalu.

Tentang Saya...

Saya sebagai admin blog ini merupakan seorang blogger part time yang menjadikan blog ini sebagai tempat untuk menyampaikan sesuatu kepada pengunjung internet. Selain itu, saya ingin berkongsi ilmu dan tips-tips.

Archive: Isu Semasa

Britain Alami Cuaca Sejuk Yang Teruk

Berita dipetik dari Berita Harian

LONDON: Britain dilanda cuaca seperti di Kutub Selatan selepas suhu dilaporkan mencapai keadaan terlalu sejuk pernah dialami ketika musim sejuk ketika ini. Suhu diukur pada paras negatif 21.6 darjah Celsius di sekitar Tanah Tinggi Scotland pagi kelmarin iaitu hampir negatif 22.9 darjah Celsius, tahap suhu di kawasan kutub.

Ketika laporan cuaca sejuk diterima di hampir semua tempat di Britain, tidak hairanlah ia menyebabkan gangguan perjalanan kenderaan awam termasuk kereta api dan lapangan terbang selain penutupan banyak sekolah.

Ramai pelajar tidak dapat bersekolah seminggu lalu. Lebih 550 sekolah ditutup di Wales. Syarikat besar pula terpaksa mencatu penggunaan gas selepas permintaan naik ke tahap tertinggi. Suhu paling sejuk di Britain dicatat di Altnaharra, wilayah Wester Ross, Scotland, lapor Press Association.

KOMEN AKU:-

Cuaca dunia sekarang dah berubah dari sistem yang asal. Ini adalah kerana perbuatan manusia sendiri yang memusnahkan alam sekitar. Akibatnya, sistem cuaca dunia telah berubah. Tempat yang kurang sejuk menjadi teramat sejuk. Manakala tempat yang kurang hujan, bertambah lebat hujannya sehingga menyebabkan banjir yang amat teruk.

Ini juga merupakan petanda bahawa dunia telah menghampiri penghujungnya. Apakah tindakan yang perlu kita lakukan sekarang? Yang penting kita hendaklah muhasabah diri dan membuat perkara yang baik untuk kita. Tingkatkan amal ibadah. Semoga Selamat DUNIA dan AKHIRAT.

Incoming search terms:

  • suhu paling sejuk di jepun (2)
  • cuaca dah berubah (1)
  • isu semasa 2012 cuaca (1)

Cuti sekolah seminggu

Cuti sekolah seminggu sebab cuti tahun baru cina tambah dengan cuti peristiwa tambah lagi dengan cuti berganti. So dah cuto panjang ni, kenala balik kampung. Cam biasa, kena la jalan jauh. Penat la jugak nak drive dari johor ke kelantan ni.

Buah Limau Mandarin yang sedap

Kalau kita sebut limau mandarin mesti kita akan kaitkan dengan sambutan tahun baru cina. Ini sebab setiap kali kedatangan tahun baru cina mesti ada banyak buah limau mandarin yang dijual dimana2 kedai sekalipun. Masa tu memang laku la buah limau ni.

Tetapi yang peliknya kenapa masa2 lain takde plak banyak limau mandarin ni dijual. Ada tu memang ada tapi tak banyak dijual. Yang ada limau biasa je. Limau biasa tu kekadang tak berapa manis. Buah limau mandarin ni yang bestnya, rasanya memang manis dan sedap.

Buah limau mandarin ni warnanya mesti kuning oren dan memang senang di kupas kulit nya. Rasa pun sedap dan enak. Kalau makan satu mesti nak rasa lagi. Aku kekadang dapat jugak buah ni percuma dari kawan2 cina atau pelajar2 aku yang berbangsa cina.

Apapun selamat mencari buah limau mandarin…. hehe

Incoming search terms:

  • resepi apam nipis lagi ranggup (3)
  • isu pendapatan perkapita 2011 (2)
  • apam balik cina (1)
  • apam balik rangup nipis resepi (1)
  • kegunaan limau mandarin (1)
  • Peluang pasukan badminton negara ke Pertandingan Piala Thomas adalah sgt tipis untk mecapai kejayaan (1)
  • resepi apam balik lembut semalaman (1)

Wanita tak sedar ‘penceroboh atas katil’

Macam macam hal berlaku. Ada lelaki atas katil sendiri pun tak perasan, kelakar betul. Tetapi ini kisah betul yang berlaku di US. Ini beritanya, seorang wanita yang terjaga daripada tidur terkejut apabila mendapati dirinya dipeluk seorang lelaki tidak dikenali di tempat tidurnya. Polis membuat kenyataan tidak tahu bagaimana lelaki itu boleh menceroboh bilik tidur mangsa tanpa disedari langsung wanita berkenaan, Ahad lalu.

 Sarjan Nicholas Breul berkata penceroboh terkejut dan lari apabila wanita itu terjaga daripada tidur. Polis percaya, kes itu ada kaitan dengan kejadian serangan seksual sejak dua tahun lalu dekat kampus Universiti Georgetown, yang terbaru Ogos lalu. – Reuters

Nice And Cool Collections

Mari kita tengok koleksi menarik yang disediakan oleh laman blog http://ecomelcollection.blogspot.com/

Kat sini anda boleh menempah pelbagai jenis craft (kraftangan mini), brooch, kids apparel (pakaian bayi) dan sebagainya. Anda boleh lihat sendiri di laman web tersebut. Selamat memilih.

Antara kategori yang ada:-

  • Felt Craft
  • Hair Accessories
  • Baby & Kids Apparel
  • Personal Care
  • Incoming search terms:

    • buku kerepek pisang (3)
    • jumlah kejuaraan yang dimenangi lee chong wei pada tahun 201 (3)
    • peraduan baby comel online 2012 (2)
    • peraduan bayi comel billion (2)
    • perkara yang dinilai semasa pertandingan bayi comel (1)
    • peraduan pasaraya billion (1)
    • peraduan bayi comel pasaraya (1)
    • peraduan bayi comel 2012 june (1)
    • buat carta pertandingan (1)
    • pasaraya billion; pertandingan bayi (1)

     

    May 2012
    M T W T F S S
    « Apr    
     123456
    78910111213
    14151617181920
    21222324252627
    28293031