
Kepada yang mempunyai akaun nuffnang dan meletakkan iklan nuffnang iklan di blog, pernahkah mengalami seperti saya? Pada saya memang dah banyak kali terjadi. Setakat ni dah 3 kali saya kena. Mula kalau tak silap pada bulan Julai sekali, pastu ogos pun ada kena. Awal september pun saya ada kena.
Bila saya check akaun, masa tengok glitterati hilang memang terkejut juga. Pastu bila check earning (terutamanya buffered earning) semakin kurang dari biasa dan yang sepatutnya lagila saya terkejut. Frust juga bila tengok tiba2 buffered earning makin kurang earningnya.
Jadi, kat sini yang saya ingin bincangkan adalah glitterati status saya boleh hilang dan macam mana saya dapatkannya balik. Sebab kes ni banyak kali terjadi, sebenarnya terdapat pelbagai sebab juga. Antaranya adalah kerana terdapat salah satu blog saya yang tidak ada satu pun visitor pada satu hari tertentu dan kerana saya terletakkan iklan pesaing nuffnang kat blog saya.
So, rasanya saya leh simpulkan dua sebab tu la. Kemudian macam mana pula saya settlekannya? senang sahaja, saya just remove blog yang tak ada pengunjung tu. Ataupun anda tak yah remove tapi dapatkan trafik yang tetap ke blog tu tiap2 hari, at least 1 visitor. Nanti lama2 dapatlah status glitterati tu balik.
Kalau kes disebabkan ada iklan pesaing nuffnang plak, pun senang saja nak selesaikan. Kita hanya perlu remove sahaja iklan tersebut. Macam kes saya, saya tercopy content dari blog orang lain dan kebetulan saya tercopy and paste sekali ngan iklan pesaing nuffnang tu. So, status glitterati saya hilang. Jadi saya buang posting yang ada iklan tu. Lama2 status gitterati saya dapat balik.
Dan yang paling bestnya, earning bagi buffered earning saya naik balik ke asal sebelum status glitterati kena tarik. So lain kali kena hati2. Selamat berblogging.
Malam ini, adalah perlawanan suku akhir Uefa Champhions League antara Manchester dan Porto. Perlawanan akan diadakan di tempat Porto, dan pastinya akan berlangsung sengit untuk menentukan tempat ke separuh akhir. Kedua-dua pasukan dijangka menurunkan skuad yang terbaik dan yang pastinya merencana perancangan dan strategi yang paling ampuh. Ayuh, kita saksikannya……
Sekarang ni sedang berlangsung Chess Olympiad 2008 iaitu pertandingan catur berpasukan antara negara. Malaysia telah menghantar satu pasukan lelaki yang diketuai oleh IM Mashafizulhelmi bersama rakan2 senegara yang lain. Perlawanan pusingan pertama telah berlangsung dan berikut adalah keputusan bagi pasukan Malaysia menentang pasukan Libya.
74 Malaysia (MAS) – 115 Libya (LBA) 3.5 : 0.5
38.1 IM Mas Hafizulhelmi 2439 – Homrana Mustafa 2001 1 : 0
38.2 FM Lim Yee-Weng 2396 – Elbaruni Mohamed 2072 ½ : ½
38.3 FM Mok Tze-Meng 2308 – FM Chahrani Ibrahim 2314 1 : 0
38.4 IM Liew Chee-Meng-Jimmy 2306 – FM Asabri Hussien 2191 1 : 0
Pelaburan ASB merupakan pelaburan yang dikatakan menguntungkan serta dijamin oleh kerajaan. Tiap2 tahun ASB memberi dividen dan bonus yang lumayan kepada pelaburnya. Kebiasaannya dividen yang diberi adalah sebanyak 6-7 peratus. Kalau pada awal2 dulu leh cecah 20-30% kalau tak silap.
Lepastu, lama2 ianya makin menurun bilamana dah ramai yang join dalam pelaburan ASB ni. ASB merupakan kependekan dari Amanah Saham Bumiputera. Rakyat Malaysia memang digalakkan menabung dalam ASB ni. Memang menguntungkan dan berfaedah kerana ianya satu bentuk simpanan dan juga pelaburan.
Cuma bagi saya, saya agak ragu2 dari segi kemana duit pelabur itu dilaburkan. Ada juga yang mengatakan pelaburan ASB ni agak meragukan. Terdapat pelbagai fatwa tentangnya. Tetapi, pada saya masih halal cuma kalau kita tak yakin, jangan libatkan dengannya. Itu sahaja.
Apapun, kita sebagai orang Islam dan juga orang melayu digalakkan melabur dan menyimpan supaya dapat digunakan pada masa hadapan dan juga bila mana diperlukan. Jangan boros dan ingatkan masa akan datang.
Amalkan bersedekah dan membayar zakat yang wajib.
Blackburn Rovers 2 – 1 Tottenham Hotspur
Bolton Wanderers 2 – 1 Middlesbrough
Arsenal 2 – 0 Manchester City
Hull City 0 – 0 Portsmouth
Newcastle United 0 – 0 Chelsea
West Bromwich Albion 0 – 2 Stoke City
West Ham United 2 – 0 Sunderland
click here